31 August, 2007

Yang panjang untuk Merdeka/The long one for independence.

Keadaan minda: kreatif/khusyuk berfikir
Lagu kini: Derum penghawa dingin

Hari Kebangsaan ke-50 Malaysia, kuraikan di rumah dengan sebotol minuman yogurt Dutch Lady. Hidupku amat membosankan.

Sebagai tradisi, blog pada 31 Ogos ini kukirimkan dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia, jahanam! Bahasa SEMUA, bahasa yang melahirkan satu imbuhan akhiran yang kita warga Malaysia (baiklah...dan juga Singapura...) amat suka. Jadi, relek-lah! :D

Hari ini saya bersantai aje kat rumah sebab letih dari kegilaan Sen-sasi Kemegahan. (Inilah terjemahan rasmi. Saya patut tahu. Saya yang mengilhamkannya.) Tahun ini, tiadalah animasi Flash seperti tahun lepas, tetapi ada pula sebuah sajak:

Dirgahayu

50 tahun di dunia ini, pendek masanya
Satu-setengah-hampir-dua keturunan anak-anak Adam dan Hawa.

Lihatlah tanah airku ini!
Kereta dinamakan sempena ikan, pokok, haiwan;
Dengan satu imbuhan berirama, rakyat jelata disatukan.
Bila dekat, penghawa dingin dipeluk semua
Bila jauh, rindu pada hari-hari membara (tapi biasa)
Berpadu dalam kepelbagaian
Dan berbagai dalam perpaduan.

Kadangkala terfikir
Di manalah pingat
Untuk Yusof-Yusof Rono yang menghilang?
Siapalah yang menegur jerat-jerat
Yang jelirkan lidah ke arah kancil meradang?
Akan dikurangkan lambaian parang puting
Dan dilebihkan lambaian tangan, untuk bahu diganding?
Itulah tugasku sebagai anak merdeka.
Jikalau sebegitu, hatiku lega.

Akulah cicit empayar tauge
Dan saksi kepada wawasan pertama daripada semua.
Darahku dari Selatan;
Seleraku keutaraan.
Mindaku mengadukkan Timur dan Barat
Tapi pada Malaysia hatiku taat.

Dirgahayu
Negaraku
Setia dan sejahtera.
50 tahun di dunia ini, cuma permulaan sahaja
Kekallah ibu pertiwi untuk keturunan yang seterusnya.



State of mind: creative/contemplative
Current soundtrack: The hum of the aircon

I toasted Malaysia's 50th Independence Day at home with a bottle of Dutch Lady yoghurt drink. I lead a very boring life.

So, as per tradition, I'm writing this entry on the 31st in Malay, or Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia, dammit! EVERYONE'S language, the language which gave us the one suffix all us Malaysians (all right...and them Singaporeans too...) truly love. Relek-lah! :D

I just chilled out at home today because I was shugged out from the madness at Sens of Pride/Sen-sasi Kemegahan. (That's the official translation. I should know. I thought of it. This year there will be no Flash animations like the last, but I do have a poem for all of you:

Dirgahayu

50 years on this world is but short
One-and-a-half-almost-two generations of Adam and Eve's children.

What a country this is!
Where cars are named after fish and trees and beasts;
Where one musical syllable unites us all unconsciously.
We clamor for air-cons when near
But miss the stable (if blazing) days when afar.
United in our diversity
Diverse in our unity.

Sometimes we think
Where are the medals
For the Yusof Ronos disappearing?
Who chides the traps
That stick their tongues out at the furious mousedeer?
Will there be less waving of dirks
And more waving of hands, that we should rub shoulders?
That is my job as a free child.
Should it be, I am happy.

I am the great-granddaughter of a beansprout empire
And the witness to the first of many visions.
My blood is Southern;
My stomach Northern.
My mind blends West and East
But my heart is with Malaysia.

Long live
My country,
Loyal and happy.
50 years on this world is but short
Let my motherland remain for the next generations.

No comments: